Thursday, June 9, 2011

Karnival Belia P146 Muar 2011


Pada 10-12 Jun 2011 akan diadakan Karnival Belia P146 Muar 2011 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Bandar Maharani Muar, Johor. Pelbagai aktiviti akan diadakan. semua dijemput hadir. aktiviti kemuncak ialah pada malam sabtu dimana ada persembahan artis oleh Kumpulan May, Siti Sarah dan kumpulan Sepah. Pada malam itu juga perasmian akan dilakukan oleh YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli parlimen Muar. Selain itu, saya juga mempelawa dan mengalu-alukan Anak-anak Muar yang menuntut di IPT singgah ke booth Rangkaian Anak Muar (RAM) nanti.


Kami dari Rangkaian Anak Muar (RAM) akan mengadakan pameran dan pendaftaran untuk RAM. selain pelbagai aktiviti yang menarik di Booth2 yang lain. Untuk mengetahui aktiviti2 yang akan dilakukansemasa karnival Belia ini sila lawat blog rasmi Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar di http://pkrmmuar.blogspot.com/ . Kedatangan amat dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.

Lawatan S.M.K Sri Gunung, Bachok ke KBS. (8. Jun 2011)


Pada 8 Jun 2011 bersamaan hari Rabu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dikunjungi oleh S.M.K Sri Gunung, Bachok, Kelantan. ketibaan mereka pada jam 8.30 pm telah disambut oleh Saudara Hafiz Rais, yang mewakili Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. seramai 84 Orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 termasuk guru-guru iringan yang diketuai oleh Cikgu Azman Hussien. tetamu ini telah dibawa ke aras 3 Menara KBS dan dihidangkan dengan makanan yang telah disediakan. Sambil meramah mesra dengan guru-guru kami juga terhibur dengan gelagat pelajar-pelajar SMK Sri Gunung ini. Semoga lawatan mereka ke KBS meninggalkan kenangan manis yg sukar untuk dilupakan. 

Ucapan alu-aluan Saudara Hafiz mewakili Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Ucapan penghargaan daripada Cikgu Azman hussien.

Antara pelajar yang hadir.

Pelajar lelaki menambil makanan

makan-makan

makan-makan lagi.







Program MANTAP 2011


Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) merupakan sebuah program yang diadakan dengan penglibatan Mahasiswa-mahasiswa IPTA yang telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merangkap Biro Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Biro Tatanegara (BTN). Mantap ini di bawah naungan Dato' Razali Ibrahim dan telah mendapat persetujuan dengan ahli Jawatankuasa Kabinet.

Program ini telah diadakan mulai 3 Jun bertempat di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelajar-pelajar yang telibat telah diselia dan berprogram dengan BTN. Antara pengisian program adalah bersifat patriotik, kenegaraan, riadah dan santai. Pada awalnya hampir 200 orang mahasiswa IPT yang melibatkan diri, bagaimanapun melalui tapisan dan interview yang dilakukan kini hanya 86 orang peserta yang berada dalam program MANTAP, dan mereka akan di hantar untuk berkhidmat dengan Ahli-ahli parlimen pilihan mereka. Sesungguhnya program ini mendedahkan kepada mahasiswa kepada keadaan parlimen dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh ahli parlimen pilihan mereka. Keadaan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan agenda politik yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. 

Kolej Keris Mas, UKM.

Sesi temuduga telah diadakan.

ucapan oleh Dato, Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Abd. Hamid

Dato, bergambar dengan peserta lelaki MANTAP

Bersama peserta wanita.


bersama urusetia MANTAP





Wacana sinar Siri 4.


Pada 31 Mei 2011 yg lepas, ak dengan Apis Rais tergerak nak g tengok Wacana Sinar Siri 4 yang telah diadakan di Auditorium Kumpulan Karangkraf, Shah Alam yang mengimpunkan tokoh-tokoh ternama tempatan iaitu Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, Saudara Nasiruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Permuda PAS pusat dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis dan Dr. Maszlee Malik sebagai moderatornya. mereka membincangkan isu yg sangat menarik dengan situasi dan fenomina sekarang iaitu Fitnah : Ancaman Umat Akhir Zaman. Masa kami hadir ke Karangkraf sesi wacana belum bermula.bahagian Auditorium telah dipenuhi oleh mereka-mereka yang datang awal. tapi nasib baik di bahagian luar telah disediakan dengan meja dan kerusi. 





Mengikuti perkembangan dan isu-isu yang dinyatakan serta diutarakan amat menarik perhatian, walaubagaimanapun kami tidak dapat mendengar ulasan serta pergulungan yang diberikan kerana kami terpaksa bertolak pulang awal ke UKM kerana takut jalan sesak kemudiannya.

Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) S.M.K Bandar Tenggara, Kulai ke UKM


Pada 30 Mei 2011 yg lepas, pelajar-pelajar tingkatan 6 atas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara telah mengadakan lawatan sambil belajar (LASBELA) ke UKM. Kami dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM telah dibertanggungjawabkan untuk menguruskan kehadiran mereka dengan saudara Najib Samingin sebagai ketua. 

tempat pertama lawatan mereka ialah Muzium Warisan UKM di Bangunan Canselori pada jam 3.30pm. Pelajar-pelajar telah diberikan penerangan dan taklimat oleh pegawai daripada Jabatan Muzium Warisan UKM tentang sejarah penubuhan UKM itu sendiri. 




selepas pelajar-pelajar yang dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Tingkatan 6, SMK Bandar Tenggara melawat Muzium Warisam UKM, mereka seterusnya dibawa ke Perpustakaan Tun Seri Lanang. pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang telah dibawa oleh exco-exco PERMAJ sendiri. 

Pelajar d PTSL

Pelajar d Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM

Motivasi oleh Dr. Salleh Amat.

Akhirnya, slot mereka bersama PERMAJ diteruskan dengan sesi motivasi yang telah diberikan oleh Dr. Salleh Amat, pensyarah Fakulti Pendidikan merangkap Penasihat PERMAJ di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan. Pada sesi ini, pelajar-pelajar kelihatan amat teruja dan tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh Dr. Salleh Amat. Pada jam 7.00 pm, lawatan sekolah ini berakhir. Diharapkan lawatan pelajar-pelajar ini dapat memberi 1000 kenangan kepada mereka disamping mereka dapat melihat dan meninjau keadaan dan situasi universiti yang kami sayangi ini.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...