Sunday, May 29, 2011

PERMUAFAKATAN POLITIK PEMBANGKANG DI MALAYSIA (1957-SEKARANG).

Sempena pilihan raya umum ke 13 tak lama lagi ni, terdetik lak hati ni nak kongsi2 info ngan korang tentang permuafakatan politik kat Malaysia ni. Permuafakan politik ni lebih kepada kerjasama antara sesebuah parti dengan parti yang lain untuk menghadapi pilihan raya. Contohnya sekarang ni ade Barisan Nasional (BN). BN ni bukanlah sebuah parti tapi lebih kepada gagasan bawahnya ade 13 buah parti komponen antaranya UMNO, MCA, MIC dll. Macam tu jugak dengan Pakatan Rakyat, ada PAS, PKR dan DAP. Info tentang permuafakatan parti kerajaan seperti BN dan Perikatan sebelumnya rasanya dah ramai yg tahu. So part ni ak nak cite ttg permuafakatan parti-parti pembangkang kat Malaysia ni. 

BARISAN SOSIALIS RAKYAT BERSATU (SOCIALIS FRONT~SF) 1957-1965.

Pakatan pembangkang pertama di Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan. United People Socialis Front (SF) terbentuk pada 31 Ogos 1957 terdiri daripada Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (PBM). kemudiannya SF dianggotai oleh National Convensyen Party (NCP) pimpinan Abdul Aziz Ishak, mantan Menteri Pertanian. Ahmad Boestamam, Ketua Umum PRM telah dilantik sebagai Pengerusi SF. Pilihan Raya Umum pertama 1959, SF telah mencatatkan kejayaan yang besar apabila SF menjadi parti ketiga terbesar di Parlimen selepas Perikatan dan Pas.

Parti Buruh Malaya (PBM) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) membentuk Barisan Sosialis.

Ahmad Boestamam, Pengerusi Socialist Front (SF) (1957-1965)

Kerajaan Persekutuan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengaitkan fahaman Sosialisme SF dengan Komunisme. selain itu, selepas Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963, kerajaan telah mengaitkan SF menyokong Indonesia. Disebabkan itu, tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dikenakan kepada pemimpin-pemimpin kanan SF seperti Ahmad Boestamam (PRM), Ishak Haji Muhammad (PBM) dan Abdul Aziz Ishak (NCP). penangkapan ini telah mejejaskan pakatan SF selain masalah dalaman yang melanda. PRM majoriti Melayu tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu luar bandar dibandingkan UMNO dan Pas. Manakala PRM mendakwa PBM tidak memberi sokongan terhadap calonnya. Pada Pilihan Raya Umum 1964, SF hanya memenangi 2 kerusi dibandingkan 8 kerusi pada PRU 1959. 

Tindakan PRM keluar dari SF pada 1965 telah menyebabkan SF lemah dan berkubur. Manakala tindakan PBM terlibat dalam peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan parti ini berkubur. Terdapat sumber menyatakan terdapat ahli PBM yang merupakan parti majoriti Cina ketika itu membunuh seorang ahli UMNO dalam satu rusuhan di Pulau Pinang. 

Perarakan Parti Buruh Malaya (PBM) pada 13 Mei 1959.



Pakatan DAP - GERAKAN - PPP - Pas (1959).

Merupakan pakatan tidak rasmi antara mereka. Pakatan ini terdiri daripada Democratic Action Party (DAP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), People Progresif Party (PPP) dan Parti Islam se-Malaysia (Pas). Pakatan ini terbentuk di sebabkan ideologi dan keinginan mereka adalah sama iaitu menjatuhkan kerajaan Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1959. Mereka telah bersetuju membahagi-bahagikan kawasan tandingan mereka. prinsip mereka ialah seorang wakil pembangkang bertemu dengan seorang wakil Perikatan di setiap kawasan.

Democratic Action Party (DAP)




Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)

People Progresif party (PPP)

Parti Islam Se-Malaysia (Pas)

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.
Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi. GERAKAN dan DAP  memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan PPP menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi. Gerakan memerintah Pulau Pinang, PAS memerintah Kelantan, DAP-Gerakan menguasai Selangor manakala PPP menang majoriti di Perak (PPP 12, DAP 6, Gerakan 2, Pas 1 kerusi ~Perikatan 19).
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit sentimen perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian bertukar menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.

Perarakan kemenangan DAP dan Gerakan di Kuala Lumpur 1959.


ANGKATAN PERPADUAN UMMAH (APU) dan GAGASAN RAKYAT (1989-1996)

setelah 30 tahun Pilihan raya Malaysia tidak ditandingi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 1990 muncul pakatan pembangkang iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat . Tujuan pakatan ini juga adalah untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Kedua-dua Pakatan pembangkang  ini dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Parti Melayu Semangat 46(S46). APU dianggotai oleh S46, Pas, Barisan Jemaah Islamiah se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Tengku Razaliegh Hamzah, Presiden Parti S46, Pemimpin APU dan Gagasan Rakyat.

Parti Melayu Semangat 46 (S46). Peneraju APU dan Gagasan Rakyat.

Parti Islam Se-Malaysia (Pas)

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM)

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)

selain pakatan APU yang terdiri Parti-parti beraliran Islam, pada masa yang sama Tengku Razaliegh telah mengadakan pesefahaman dengan parti-parti yang bukan berhaluan Islam membentuk pakatan pembangkang dikenali Gagasan Rakyat. 

Democratic Action Party (DAP)

Parti Rakyat Malaysia (PRM)

All Malaysian Indian Progresif Front (AMIPF)

Parti Bersatu Sabah (PBS)

Malaysian Solidarity Party (MSP).

Pada Pilihan Raya 1990, BN masih memperolehi majoriti. Bagaimanapun, BN kehilangan Kelantan kepada Pas - APU manakala Sabah kepada PBS. BN memenangi 127 daripada 180 kerusi Dewan Rakyat. Pada Pilihan Raya Umum 1995, BN masih lagi memperolehi majoriti besar dalam sejarah apabila memenangi 162 daripada 192 kerusi Dewan Rakyat. Pakatan APU dan Gagasan Rakyat akhirnya berkubur apabila Tengku Razaliegh menyertai semula UMNO dan membubarkan S46 pada tahun 1996.

BARISAN ALTERNATIF (BA) (1998-2008).

Barisan pembangkang ini merupakan permuafakatan Pas, DAP, PRM dan Parti Keadilan Nasional (KeADILan). Pakatan ini membuat persidiaan menghadapi BN dalam pilihan raya umum 1999. 

Pemuafakatan Pas, keADILan, PRM dan DAP membentuk Barisan Alternatif.

PRU 1999, BN masih mengekalkan kuasa namun kehilangan banyak kerusi Dewan Rakyat. PRU 1999, BN memenangi 148 kerusi dibandingkan PRU 1995, 162 kerusi. PAS memperoleh kejayaan besar apabila mempertahankan Kelantan dan merampas Terengganu dari BN. Parti keADILan pula memperoleh pengalaman berharga apabila memenangi 5 kerusi walhal keADILan sebuah parti baru. DAP pula mengalami kekalahan apabila hanya memenangi 10 kerusi sahaja. 

Pada 21 September 2001, DAP bertindak keluar daripada BA disebabkan tindakan Pas mengumumkan Negara Islam sekiranya memerintah.

PRU 2004. BN pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi memenangi majoriti besar sebanyak 198 daripada 219 kerusi dan berjaya merampas Terengganu dari Pas. Pas hanya berjaya memperoleh 7 kerusi manakala keADILan hanya menang 1 kerusi. Tetapi DAP memperoleh peningkatan iaitu 12 kerusi.

PRU 2008, BA (Pas & Parti Keadilan Rakyat~PKR) telah berkerjasama semula dengan DAP dan berjaya menafikan majoriti 2/3 BN. Pakatan BA ini berjaya menguasai Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor di samping kekal memerintah kelantan. Kejayaan besar BA dikenali sebagai Tsunami Politik dan Gelombang Rakyat.

PAKATAN RAKYAT (2008-SEKARANG)

Kejayaan besar BA dalam PRU 2008 telah membentuk gagasan baru politik pembangkang di kenali Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 di Petaling Jaya, Selangor.

Pembentukan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya.



Sarawak National Party (SNAP) menyertai PR secara rasmi pada 20 April 2010. walaubagaimanapun, SNAP keluar daripada PR pada 6 Mei 2011 selepas terdapat percangahan calon kawasan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 antara SNAP dengan PKR yang menyebabkan kekalahan teruk SNAP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...